Skip to main content

Posts

Assalamualaikum lama sudah sis tak update perkembangan sis kat sini Kali ini sis akan bercerita tentang dinner Kelab Staf SMK Sungai Damit 2017 seronok dan simple sahaja program dinner kami tahun ini tapi meriah. Barisan Staf SMK Sungai Damit 2017 Kawan yang sama-sama mula jejak kaki SMK Sungai Damit 04 Januari 2016  Ini adalah kawan baik a.k.a jiran sebelah bilik dan geng bola jaring. kenangan bersama beliau sanglah memberikan kebahagian kepada diri. bila diri berada diperantauan kawan-kawan adalah merupakan keluarga sebagai peneman.
Recent posts
Aktiviti hari Sabtu (29/9/2017)  Aktiviti Riadah penutup Bulan 09/2017 Aktivi Hiking Bukit Nuluh Lampai bagi mengeluarkan peluh dan melihat alam semulajdi ciptaan Allah. Perjalanan dr Kosan, Tuaran mengambil masa 30 minit untuk sampai di bukit ini tapi bagi saya iya cukup berbaloi dengan pemandangan yang terhidang di depan mata yang sangat cantik.  Geng baru pergi Hiking seronok, letih, dan memuasakan hati kami berempat. Aktiviti hiking ini kami mulakan dari jam 6.40 pagi dan berakhir tepat jam 8.00 pagi untuk kami sampai semula ke bawah bukit. tapi jangan pelik bukan ambil masa yang lama untuk sampai tapi sebab kami banyak menikmati keindahan alam ciptaan Allah diatas puncak bukit. Anda boleh melihat banyak pokok, awan, laut yang sangat indah dan mampu memberi terapi minda kepada sesiapa yang sampai diatas puncaknya. Seterusnya akiviti saya bukan hanya disini saja kemudian pada waktu petang saya menghbiskan riadah saya bersama kawan yang lain di pantai Syah Ba
Selamat Ulangtahun Perkahwinan untukku (26 September 2015) Hari ini tanpa sedar genap sudah 2 tahun perkahwinan ku bersama si dia. Walaupun mungkin si dia lupa tentang tarikh ini tapi aku tidak kisah sebab normal seorang lelaki untuk ingat tarikh begini. cukuplah aku mengingatinya untuk diri aku sendiri dan untuk memastikan setiap tahun perubahan demi perubahan aku lakukan untuk diri sendiri demi menjaga kebahgiaan rumahtanggaku. alhamdulillah tahun ini aku mengingati kerana tahun lupa aku lupa tarikh tersebut kerana beberapa perkara. Apa-apa pun sentiasalah doakan kebahagian kamu dunia dan akhirat. Wajah senyuman Arwah Ayah pada hari tersebut tidak akan dapat aku lupakan hingga akhir hayat kerana beliaulah wali yang menyerahkan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada seorang lelaki asing yang benama suami.  MOGA KEBAIKKAN DAN DOA ANAK-ANAK MEMUDAHKAN PERJALANAN ARWAH AYAH DISANA. AMIN
Assalamualaikum hari ini perkongsian tentang tanda-tanda hati mati bacalah dan nilailah pada diri sendiri adakah anda tergolong dalam golongan ini  10 tanda hati mati dalam diri setiap manusia kehidupan ini bukanlah terlalu lama kerana setiap yang hidup sudah pasti akan mati. hilangnya sifat malu dan takut pada Allah itulah yang membuatkan kita merasa diri kita berkuasa dan lupa bahawa kita ini hanyalah pinjaman yang diberikan oleh Allah. Merasakan dosa itu nikmat dan pahala itu bukan lagi satu pencapaian yang kita nak capai maka sedarlah bahawa kita mungkin akan hilang pertimbangan dalam hidup. SEMOGA ALLAH MENJAUAHKAN KITA DENGAN SEMUA KEBURUKKAN DAN KESESATAN TERSEBUT AMIN.
Hari ini nak bercerita tentang moment family day saya pada 02/03/2013 family day ini kami buat kat Cameron Highland bercuti 2 hari 1 malam tapi memang syok sangat sebab pergi dengan family. Yang kat atas tu ada arwah ayah,mak,abg irwan, kak tie,abg zhar dan ofcourse lah saya yang paling cute tu kat depan cik mas.. ehh lupa pulak yang tangkap gambar ini kak yah dan 2 budak cute tu ank sedara saya iman dan tipah=) Pengalaman family day ini sangat menarik sebenarnya sebab bersama-sama keluarga rasa happy dapat jalan di tempa strawberry, pasar malam dia dan dapat masak-masak dengan family guna bahan-bahan segar dari Cameron Highlan tau. hahaha bukan senang sebenarnya family saya ni nak pergi jalan-jalan sebab masing-masing dengan kesibukan masing-masing jadi bila planning pun susah nak dapat waktu dan tarikh yang sesuai. tapi apa-apa pun tahun 2017 ini pada tarikh 14-15/10/2017 (sabtu dan ahad) kami akan buat family day kali kedua di Cameron Highland lagi hehehe
Hari ini nak kongsi tentang Insan Yang Sangat aku sayangi ini Ayahku  31/10/1949 - 18/03/2017 (Tarikh lahir - Tarikh Kematian) Sungguh terkesan kami sekeluarga kehilangan satu-satunya pemimpin keluarga besar kami, dia insan yang sangat istimewa, sangat peramah dan sangat memudahkan setiap urusan orang. kehilagan dia telah menghilangkan gelak ketawa dirumah kami kerana dia antara orang yang paling bising dirumah apabila anak-anak pulang ke kampung. inilah detik permulaan arwah ayah menunjukkan sakit tapi kami tidak pernah menduga sakit arwah ayah parah dan dalam tahap yang teruk =( ketika ini keadaan arwah ayah sebenarnya sudah dalam keadaan teruk dimana hampir semua paru-paru beliau telah dijangkiti kuman dan menyebabkan beliau tidak mendapat oksigen yang sepatutnya. Seminggu ayah di ward Hospital Temerloh dan di wad. hari pertama di wad Kuarintin biasa hari kedua di ward ICU hingga hari ke TUJUH. Arwah ayah menghembuskan nafas terakhir belia
26 September 2017 (Ahad) Majlis Perkahwinanku yang pertama dan insyaallah yang terakhir  Bagai mimpi di alam nyata akhirnya aku menamatkan zaman bujangku pada tarikh keramat itu alhamdulillah. Suasana pada hari tersebut sangat meriah walaupun majlis ini adalah hanya dilaksanakan sederhana sahaja. Tapi pada hari tersebut ibu dan arwah bapaku menerima 2 menantu sekaligus. aku melihat kelegaan yang teramat sangat diwajah bapaku kerana satu-satunya anak perempuan beliau telah pun lepas dari tanggungjawabnya. Terima kasih ayah kerana menjagaku penuh kasih sayang. Aku merupakan anak bongsu dan anak bongsu perempuan dalam kalangan keluargaku aku dikatakan anak manja dalam keluarga namun jangan memandang anak bongsu ini anak manja semata-mata lihat kekuatan dan sifat berdikari aku barulah menilai manja atau pun tidak..=) Okeh aku tak nak share panjang-panjang bab majlis ini sebab dah lama berlalu cuma aku minta supaya Mohon doakan kebahagian perkhawinan ini hingga Jann