26 September 2017 (Ahad)
Majlis Perkahwinanku yang pertama dan insyaallah yang terakhir
Bagai mimpi di alam nyata akhirnya aku menamatkan zaman bujangku pada tarikh keramat itu alhamdulillah. Suasana pada hari tersebut sangat meriah walaupun majlis ini adalah hanya dilaksanakan sederhana sahaja. Tapi pada hari tersebut ibu dan arwah bapaku menerima 2 menantu sekaligus. aku melihat kelegaan yang teramat sangat diwajah bapaku kerana satu-satunya anak perempuan beliau telah pun lepas dari tanggungjawabnya.
Terima kasih ayah kerana menjagaku penuh kasih sayang.
Aku merupakan anak bongsu dan anak bongsu perempuan dalam kalangan keluargaku aku dikatakan anak manja dalam keluarga namun jangan memandang anak bongsu ini anak manja semata-mata lihat kekuatan dan sifat berdikari aku barulah menilai manja atau pun tidak..=)
Okeh aku tak nak share panjang-panjang bab majlis ini sebab dah lama berlalu cuma aku minta supaya Mohon doakan kebahagian perkhawinan ini hingga Jannah insyaallah.
Pada kawan-kawan aku juga mendoakan korang semua bahagia. I MISS U ALL
Inilah kawan-kawan kosmate aku kat UPM kebanyakkan yang perempuan tu semua dah jadi bini orang dan mak orang
Comments
Post a Comment