Selamat Ulangtahun Perkahwinan untukku (26 September 2015) Hari ini tanpa sedar genap sudah 2 tahun perkahwinan ku bersama si dia. Walaupun mungkin si dia lupa tentang tarikh ini tapi aku tidak kisah sebab normal seorang lelaki untuk ingat tarikh begini. cukuplah aku mengingatinya untuk diri aku sendiri dan untuk memastikan setiap tahun perubahan demi perubahan aku lakukan untuk diri sendiri demi menjaga kebahgiaan rumahtanggaku. alhamdulillah tahun ini aku mengingati kerana tahun lupa aku lupa tarikh tersebut kerana beberapa perkara. Apa-apa pun sentiasalah doakan kebahagian kamu dunia dan akhirat. Wajah senyuman Arwah Ayah pada hari tersebut tidak akan dapat aku lupakan hingga akhir hayat kerana beliaulah wali yang menyerahkan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada seorang lelaki asing yang benama suami. MOGA KEBAIKKAN DAN DOA ANAK-ANAK MEMUDAHKAN PERJALANAN ARWAH AYAH DISANA. AMIN
Jiwaku mencari cahaya dan hidayahMu agar aku menjadi kekasihMU yang paling Engkau cintai..ku tahu bukan mudah untuk daku dicintai olehMU tapi ku yakin akan kasih sayangMU yang sentiasa melimpah untuk KekasihMU... Jadikan diriku seorang kekasih yang akan mencemburui kekasihMu yang lain..daku ingin menjadi pesaing-pesaing kekasihMU yang lain..biarlah ku bertarung untuk merebut cintaMU kerna daku yakin kasih sayangMU sentiasa cukup untuk kekasihMU..