Skip to main content

UNTUKMU RATUKU..


Ratu
ingin ku luahkan
apa yang sudah lama ingin kuluahkan
tentang kebimbangan ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah

Ratuku
kebimbangan ku in semakin menebal
apabila ku dengar denyutan jantung kumbang perosak
yang sedang cube menyedut madumu
walau tanpa relamu

Ratuku
kebimbangan ku bertambah lagi
bila ku melihat bunga tak segan silu
melampiaskan kecantikannya
yang sedang mekar
melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Ratuku
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idamanku hatiku
kerna apa yang kulihat
semakin banyak bunga-bunga gugur
bagai tibanya musim luruh

Ratuku
bukan lah kuberharap jadi segigih siti hawa
yang berlari-lari antara safar dan marwah
bukan jua sesetia ainul mardhiah
yang setia menanti kekasih disurga

Ratuku
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah siti khadijah mahupun siti fatimah
engkau bukan aisyah dan bukan juga rabiatul adhwiyah
wanita yang suci terpuji
kerana aku tidak layak mengharapkan sedemikian rupa
cukuplah sekadar mencontahi bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
melewati pintu-pintu syurga
jangan  kau risau ratuku
kadangkala musim silih berganti
sehingga bunga tidak akan mekar
tapi itu hanya ujian buatmu


Ratuku
esok musim bunga kan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharap ketika itu
kau jagalah kelopakmu
jangan sampai  tangan-tangan kasar
memetikmu lagi
jangan goda
kumbang-kumbang kasar
menghusap madumu lagi
jangan biarkan gagak-gagak hitam
merosakkan serimu
kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku
aku bukan lah memandang kecantikanmu
walau kadang –kala aku tetarik memanadangnya
tetapi bukan itu yang ku mahukan
ku yakin ratuku masih ada sinar harapan
dan akan ku tunggu kehadiranmu...
kaulah ratuku..






Comments

Popular posts from this blog

Hari ini nak kongsi tentang Insan Yang Sangat aku sayangi ini Ayahku  31/10/1949 - 18/03/2017 (Tarikh lahir - Tarikh Kematian) Sungguh terkesan kami sekeluarga kehilangan satu-satunya pemimpin keluarga besar kami, dia insan yang sangat istimewa, sangat peramah dan sangat memudahkan setiap urusan orang. kehilagan dia telah menghilangkan gelak ketawa dirumah kami kerana dia antara orang yang paling bising dirumah apabila anak-anak pulang ke kampung. inilah detik permulaan arwah ayah menunjukkan sakit tapi kami tidak pernah menduga sakit arwah ayah parah dan dalam tahap yang teruk =( ketika ini keadaan arwah ayah sebenarnya sudah dalam keadaan teruk dimana hampir semua paru-paru beliau telah dijangkiti kuman dan menyebabkan beliau tidak mendapat oksigen yang sepatutnya. Seminggu ayah di ward Hospital Temerloh dan di wad. hari pertama di wad Kuarintin biasa hari kedua di ward ICU hingga hari ke TUJUH. Arwah ayah menghembuskan nafas terakhir b...
Selamat Ulangtahun Perkahwinan untukku (26 September 2015) Hari ini tanpa sedar genap sudah 2 tahun perkahwinan ku bersama si dia. Walaupun mungkin si dia lupa tentang tarikh ini tapi aku tidak kisah sebab normal seorang lelaki untuk ingat tarikh begini. cukuplah aku mengingatinya untuk diri aku sendiri dan untuk memastikan setiap tahun perubahan demi perubahan aku lakukan untuk diri sendiri demi menjaga kebahgiaan rumahtanggaku. alhamdulillah tahun ini aku mengingati kerana tahun lupa aku lupa tarikh tersebut kerana beberapa perkara. Apa-apa pun sentiasalah doakan kebahagian kamu dunia dan akhirat. Wajah senyuman Arwah Ayah pada hari tersebut tidak akan dapat aku lupakan hingga akhir hayat kerana beliaulah wali yang menyerahkan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada seorang lelaki asing yang benama suami.  MOGA KEBAIKKAN DAN DOA ANAK-ANAK MEMUDAHKAN PERJALANAN ARWAH AYAH DISANA. AMIN
Hari ini nak bercerita tentang moment family day saya pada 02/03/2013 family day ini kami buat kat Cameron Highland bercuti 2 hari 1 malam tapi memang syok sangat sebab pergi dengan family. Yang kat atas tu ada arwah ayah,mak,abg irwan, kak tie,abg zhar dan ofcourse lah saya yang paling cute tu kat depan cik mas.. ehh lupa pulak yang tangkap gambar ini kak yah dan 2 budak cute tu ank sedara saya iman dan tipah=) Pengalaman family day ini sangat menarik sebenarnya sebab bersama-sama keluarga rasa happy dapat jalan di tempa strawberry, pasar malam dia dan dapat masak-masak dengan family guna bahan-bahan segar dari Cameron Highlan tau. hahaha bukan senang sebenarnya family saya ni nak pergi jalan-jalan sebab masing-masing dengan kesibukan masing-masing jadi bila planning pun susah nak dapat waktu dan tarikh yang sesuai. tapi apa-apa pun tahun 2017 ini pada tarikh 14-15/10/2017 (sabtu dan ahad) kami akan buat family day kali kedua di Cameron Highland lagi hehehe ...